Monday, January 8, 2018

Masjid Hj Saleh Solat Di Bulan November 2017

Hj Saleh secara rasminya memulakan Misi ini pada 1 hb November 2017 iaitu pada Hari Rabu. Ketika ini Hj Saleh masih belum ada struktur dan format dokumentasi tentang masjid yang diziarahi lagi. Itu sebab terlalu sedikit gambar-gambar masjid yang ditangkap menggunakan HP Xiomi Mi Max Hj Saleh.  

Masjid Pertama yang masuk dalam senarai adalah Masjid Sultan Abdul Samad KLIA yang buat pertama kalinya Hj Saleh jejakkan kaki di masjid yang agam dan indah ini. Masjid KLIA ini sangat besar dan cantik.

Masjid Kedua adalah Masjid As Salam Pangsapuri Petaling Permai yang terletak di Jalan PJS 1/21. Hj Saleh singgah solat Maghrib di masjid ini. Memandangkan Hj saleh terlepas solat berjemaah, Hj Saleh solat Maghrib bersendirian di sebelah kanan ruang solat utama. Ini adalah kerana kuliah Maghrib sedang berlansung.

Masjid Ketiga dalam senarai adalah Masjid Al Mukhlisin yang terletak di Alam Damai. Hj Saleh baru pertama kali sampai dan berada di Alam Damai pada hari Isnin bersamaan 27 hb November 2017. Memandangkan waktu Maghrib sudah lama berlalu, Hj Saleh guna aplikasi Waze untuk mencari masjid yang paling terdekat. Ketika Hj Saleh tiba di Masjid Al Mukhlisin ini, kuliyah Maghrib sedang berlansung.

Rupa-rupanya Hj Saleh terlepas pandang sebuah masjid yang Hj Saleh singgah solat. Masjid tersebut terletak di Pekan Simpang 4 BNO yang tidak jauh dari rumah kampung Hj Saleh. Masjid ini yang diasaskan oleh Hj Sulaiman bin Samah dikenali sebagai Masjid Ubudiah. Seperti kebanyakan masjid di kampung-kampung, Masjid Ubudiah ini tidak besar. Masjid ini mengingatkan Hj Saleh kepada Allahyarham ayahanda Hj Saleh, Hj Abdul Latif Hj Hasan Basri, yang pernah bermalam di masjid ini dengan kumpulan tabligh di tahun 1980an dan 1990an. Untuk mengelakkan dari pertukaran nombor senarai masjid yang banyak, Hj Saleh telah meletakkan Masjid Ubudiah ini sebagai masjid nombor 60 dalam senarai.


1. Masjid Sultan Abdul Samad KLIA

Tarikh Singgah : 1 November 2017
Mula dibina pada 1/8/1997
Dirasmikan pada 25/8/2000 oleh Sultan Selangor, DYMM Tengku Idris Shah


2. Masjid As Salam Pangsapuri Petaling Permai PJS

Tarikh Singgah : 14 November 2017

Pandangan Hadapan Masjid As Salam


3. Masjid Al Mukhlisin Alam Damai KL

Tarikh Singgah : 27 November 2017
Mula dibina pada 17/5/2007
Tarikh penyerahan : 7/9/2009


60. Masjid Ubudiah Pekan Simpang 4 BNO Sabak Bernam Selangor

Tarikh Singgah : 16 November 2017
Mula dibina pada 1/1/1971
Dirasmikan pada 23/6/1972 oleh Raja Muda Selangor


Bukit Jelutong
8/1/2018, 1:00pm

No comments:

Post a Comment